1 Mac 2012

5

Dari kerana mata...

“Cik!...” Eh, tersasul pulak!

“Adik.” Cepat-cepat aku mengubah panggilan.

CIK ADIK?! Aku berfikir sejenak. Astaga celoparnya mulut. Ni gaya nak menegur ke gaya nak mengurat? Aku mencemuh keterlanjuran perkataan sendiri.

“Ehem... dik, dik!” aku memulakan lebih yakin sebagai menutup kelancaran panggilan tadi. Harap-harap lebih muda daripada aku. Sebab aku tak boleh tengok lagi mukanya kerana dia masih menungkup.

“Dik... kenapa ni?” aku tak berputus asa mencuba biarpun wajahnya masih tersembunyi. “Kenapa menangis kat sini ni.” Cuba ku lagi. Chewah, aku ke ni! Yang beraksi susah payah prihatin masalah orang? Ini kalau tahu dengan Hisyam, mahunya dua tiga minggu telinga aku kena tebal tahan kias sindirnya.

Gadis itu menggeleng. Dua tiga maksud segera berlegar dalam kepala daripada gelengannya.

1. Dia tak tahu kenapa dia menangis -> ada ke orang macam ni?

2. Dia tak mahu diganggu -> kalau ini, memang wajar aku berundur dari tempatnya.

3. Atau ada mungkin dia bisu atau dia tak boleh bercakap -> sebabnya suara dia tak keluar kan. Dahsyatnya ilusi aku.

Oleh sebab aku punya banyak tanggapan, lalu aku biarkan diri membatu berdekatannya. Bukannya aku hendak kurang ajar kat sini tapi manalah tahu lepas-lepas dia puas menangis, dia mahu bercakap apa-apa. Jadi diam-diam aja aku berdiri tidak jauh darinya.

Tak lama pun, dalam tak sampai lima minit sedu-sedan gadis itu mula reda. Nampak dia dah mula mengelap kedua belah mukanya ke bahu baju kurungnya. Tak berapa lama kemudian dia bingkas berdiri. Aku berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding batu. Aku sedar segala perbuatannya dari ekor mata.

Namun sebaik mukanya dipalingkan menatap diri ku, aku gamam sejurus bila berlaga pandangan dengannya beberapa detik. Benar kah pandangan mata aku ini? Dia kah itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan