18 Februari 2012

Prolog

11 September 2001 kini cuma tinggal dalam hitungan hari. 7 tahun lalu, langit ini berawan kematian. Seluruh benua besar ini pernah bergenang air mata dengan ledak kejutan yang menjadi trauma semua. Dan aku hanya mampu mengirimkan air mata sendiri ke seluruh penjuru mata angin.

Berapakah usia sebuah kenangan? Dan berapa lama kah bomoh waktu mampu menyembuhkan keadaan kepada bentuk asal? Ya, sepertimana dulu. Kerana aku pernah menganggap akan sering dapat hidup tanpa perlu berpaling kepada tragedi itu. Kerana ketakutan aku bertemu dengan setiap kali air mata yang gugur ini, menjadikan aku kian lemah menongkah masa depan. Dan kerana setiap kali itu jua aku akan melihat impak besar dalam diri sendiri. Namun siapa kah aku yang mampu menebat segalanya?

Ya-Allah, aku berserah kepada-Mu. Andainya putera ku itu masih hidup, semoga Engkau tunjukkan jalan pulang buatnya. Andainya dia benar-benar telah pun Engkau jemput, semoga Engkau berkenan mengampuni segala dosa-dosanya. Amen

Terngiang kembali kembara tasbih sama... Telepati minda ini masih gagah mencatatkan ingatan suara hati itu. Suara doa ma kah itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan